SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa itu Gluthathione?

Glutathione Boleh bertindak dalam pelbagai bentuk antaranya adalah seperti berikut. Sebagai agen pemutihan kulit – Glutathione berperanan untuk menukarkan eumelanine atau pigmentasi gelap kepada phaeomelanin atau pigment yang lebih cerah. Eumelanin yang menyebabkan kulit gelap terjadi secara semulajadi, glutathione yang berkualiti pula berperanan menukarkannya kepada phaeomelanin yang membuatkan kulit lebih cerah hari demi hari.
Sebagai agen Anti-Penuaan – Diperlukan dalam pemecahan lemak oxidized dan dalam metabolism karbohidrat. Jika glutathione dalam badan tidak mencukupi keperluan, sel akan cepat mati dan membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih tua dari usia dan terdedah kepada toksin yang boleh menyebabkan kanser.
Agen Penyahtoksin/Anti-Oksidan – Glutathione berperanan sebagai anti-toksin yang menghalang radikal bebas didalam tubuh. Glutathione bertugas untuk memproses toksin di dalam badan agar dapat dikumuhkan dengan mudah dari badan.

Berapa lama untuk menampakkan kesan selepas menggunakan Glutathione?

Sesiapa pun perlu memberikan sedikit masa untuk Glutathione bertindak untuk menjadikan kulit lebih cerah. Perubahan awal bergantung pada pengguna, tidak semestinya kulit terus menjadi cerah. Jika anda mempunyai jerawat atau masalah kulit yg lain, Glutathione berperanan mengatasi masalah ini dahulu sebelum khasiatnya berfungsi untuk mencerahkan kulit. Kesan pemutihan akan berbeza-beza mengikut warna tona asal kulit dimana sekiranya kulit terlalu gelap memerlukan masa yg lama berbanding kulit yang sebaliknya. Ia juga bergantuk pada metabolism tubuh individu.

Seputih mana hasil yang saya boleh dapat dengan glutathione?

Tahap awal pengambilan Gluta membolehkan kulit cerah 1-3 tona warna. Penggunaan jangka masa panjang membolehkan kulit cerah 5-6 tona warna. Semuanya bergantung kepada bagaimana Gluta sebagai supplement bertindak kepada tubuh badan pengguna dan juga dos glutathione yang diambil.

Adakah saya akan putih melepak?

Tidak, pengambilan Gluta tidak akan menjadikan anda putih melepak dalam sekelip mata selepas 1-2minggu pengambilan Gluta kerana kesannya berperingkat dan bukannya drastik. Sangat mustahil kulit boleh bertukar kepada putih melepak dengan drastik, penggunaan suntikan  memerlukan masa utk berkesan, ia tidak semudah yang disangkakan. Jika ada produk yang menjanjikan pengguna bertukar menjadi putih melepak sekelip mata, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi chemical berbahaya.

Kenapa ada orang yang memperoleh kesan dengan cepat dan ada yang mengambil masa yg lama?

Ini semua bergantung pada metabolisma badan pengguna yg berbeza, berat badan juga merupakan faktor kenapa sesetengah orang mendapat kesan yang segera, dan sesetengah orang pula agak lambat. Dos pengambilan juga penting; jika anda mempunyai kulit berwarna tan, berat badan 70kg, dan anda hanya mengambil 1biji sehari, sudah pasti anda tidak boleh mengharapkan magik utk Glutathione berkesan dalam masa 1-2 minggu utk mendapatkan kulit sawo matang.

Apakah dos yang sesuai untuk mendapatkan keputusan yg cepat?

20-40mg utk setiap Kilogram Berat badan, setiap hari. Dibahagikan kepada 2-3 dos.

Contoh:
30mg X 60kg (berat badan) =  1800mg
Jika anda telah mencapai warna kulit yang diingini, anda hanya perlu maintain dengan menjarakkan pengambilan Injection 2 ke 3 minggu sekali.

Adakah selamat untuk mengambil Glutathione pil dalam dos yang tinggi?

Sudah pasti selamat. Pada asasnya, pengambilan glutathione pada dos yang tinggi lah membolehkan kulit menjadi lebih putih. Glutathione  juga selamat diamalkan setiap hari kerana fungsi utamanya ialah sebagai master anti-oksidan, meningkatkan immune dan detox. Glutathione larut didalam air, sekiranya diambil secara berlebihan, ia hanya akan dikumuhkan melalui urin. Jadi sangat penting untuk mengamalkan minum banyak air masak semasa pengambilan Injection.

Adakah saya perlu mengambil vitamin C tambahan ketika mengambil Gluta? Mengapa?

Vitamin C sangat penting ketika mengambil Gluta ini kerana membantu Glutathione untuk tetap berada di dalam tubuh & boleh diserap. Peranan Vitamin C adalah untuk reverse proses oxidization bagi membolehkan Glutathione tetap berada dlm keadaan˜Reduced’ yang membolehkan kulit menjadi lebih cerah. *Reduced Glutathione bukan lah bermaksud Glutathione telah dikurangkan, tetapi, Reduced Glutathione merujuk kepada Glutathione yang mempunyai gred yang bagus dan telah dipadatkan. Reduce Glutathione juga dikenali sebagai L-Glutathione. Berbeza dengan Glutathione biasa yang hanya digunakan dalam pembuatan sabun.

Mengapa Alpha Lipoic Acid penting? Apa keberkesanannya?

Alpha Lipoic Asid memainkan peranan sebagai anti-oksidan dan anti-penuaan yang amat penting untuk tubuh menghasilkan Glutathione dan memboleh kulit menjadi lebih cerah.

Bolehkah menggunakan beberapa Krim Pencerahan atau kosmetik lain semasa mengambil Injection?

Ya. Sudah pasti boleh. Kami senantiasa menyarankan pelanggan kami suma menggunakan produk penjagaan muka yang bersesuaian dengan masalah kulit mereka dan mengelakkan kosmetik yang mengandungi Steroid, mercury dan Hydroquinon. Bahagian muka antara bahagian yang mengambil masa sedikit dari bahagian tubuh yang lain kerana, pengguna mungkin telah banyak menggunakan pelbagai jenis kosmetik dan mungkin keadaan kulit telah fragile, mempunyai jerawat bawah kulit dan sebagainya. Penggunaan losyen yang mengandungi SPF adalah penting, bagi melindungi kulit dari luar sementara glutathione sebagai pencerah kulit dari dalam.

Bagaimanakah proses pemutihan bermula? Bolehkah memberikan tona kulit sekata seluruh badan?

Gluta menukarkan pigment melanin yang gelap kepada lebih cerah apabila mengambil Gluta. Ia juga menyekat enzyme Tyrosinase dari menghasilkan melanin gelap. Kurang melanin, kulit menjadi lebih cerah. Proses pencerahan kulit menggunakan L-Gluta bermula dari dalam iaitu dari lapisan dermal hingga ke epidermal layer, kerana itulah ia mengambil sedikit masa untuk menukarkan tona warna pengguna. Proses pencerahan berlaku dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, ia akan memberikan tona warna cerah sekata secara berperingkat.

Adakah gluthatione ini adalah ubat, vitamin atau supplement? Bolehkah ianya di ambil bersama vitamin atau supplement lain?

L-Glutathione dan komponen-komponennya (Vitamin C, ALA dan Grape Seed Extract) boleh dianggap sebagai makanan / suplemen makanan, mereka juga disebut sebagai antioksidan yang hebat,. Ini bukan ubat/drugs dan selamat diambil oleh sesiapa sahaja kecuali mereka yang mengambil anti-psychotic grud dan ubatan kimoterapi. Juga tidak boleh diambil oleh mereka yang baru menjalani pembedahan atau pemindahan organ. Pengguna perlu mengelakkan minuman beralkohol, kerana alcohol menghalang penyerapan Gluta ke dalam tubuh.

Jika saya telah mencapai tona warna yang saya inginkan, bolehkan saya berhenti mengambil Injection atau perlu diteruskan?

Disarankan untuk maintain ambil walaupun telah mencapai tona warna cerah. Pengambilan boleh dikurangkan atau dijarakkan. Badan manusia tidak dapat menghasilkan gluta yang tinggi setiap hari, maka keperluan untuk mengambil vitamin C/Gluta adalah disarankan. Pengambilan Gluta bukan sahaja untuk mencerahkan kulit malah bagus untuk kesihatan kerana ia membina system immune badan, maka pengambilan jangka masa panjang bukan sahaja memutihkan kulit malah untuk kesihatan yang lebih bagus.

Adakah kesan pencerahan ini berkekalan? Adakah kulit saya akan kembali gelap setelah berhenti menggunakan produk ini?

Kesan pemutihan adalah kekal walaubagaimanapun, anda perlu mengelakkan kulit dari terkena cahaya matahari kerana ia boleh menggelapkan semula kulit anda. Penggunaan losyen badan adalah penting dan perlu dijadikan amalan setiap hari.

Saya mengambil Glutathione tetapi setiap hari terdedah dengan matahari, apa yang perlu saya lakukan?

Bagi mereka yang sering terdedah dengan matahari, adalah amat penting untuk menggunakan losyen badan dengan SPF45-60  bagi mengelakkan kulit menjadi gelap. Lakukan scrub badan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi menyingkirkan sel kulit mati dan menyerlahkan warna kulit yang cerah & lembut.

Perlukah saya membuat menyahtoksin/detox sebelum mengambil injection?

Detox bukan sahaja menyingkirkan toksin, malah meningkat metabolism badan disamping membantu penyerapan zat yang lebih baik. Walaupun salah satu dari 3 fungsi utama Gluta (AntiOksidan, Immune, Detoxin) ialah membuang toksin, tetapi kami menyarankan pengguna mengamalkan cara lain yang berkaitan detox bagi membantu penyerapan yang lebih cepat dan memberikan kesan yang lebih segera.

Waktu sesuai untuk mengambil injection. Sebelum atau Selepas makan?

Mengikut kajian yang dijalankan, penyerapan terbaik  adalah  ketika perut kosong (sebelum makan). Badan kita menyerap dengan kadar maksima ketika perut kosong dan hanya tertumpu kepada satu zat sahaja. Jika anda mengambil gluta sejurus selepas makan, perut anda sukar untuk menyerap gluta kerana menumpukan kepada makanan yang diambil. Disarankan sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Bolehkah wanita hamil atau ibu yang menyusu?

Tidak disarankan. Gluta memainkan peranan penting didalam pembesaran fetus, waktu kehamilan perlu dijaga rapi agar kandungan sihat. Kandungan Alpha Lipoic Acid dalam gluta tidak disarankan kepada ibu mengandung. Bagi ibu mengandung atau yang menyusukan bayi, perlu menunggu sehingga berhenti menyusu, selepas itu, boleh mengamalkan Suntikan.